FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Perkongsian kuasa politik di Malaysia
penyatuan parti berbilang kaum dalam satu satu pertubuhan yang lebih besar dinamakan sebagai parti perikatan(era tahun 1950an).Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan pada tahun 1955 telah membuktikan bahawa penggabungan etnik dalam satu badan politik adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan sokongan.
Kerajaan Demorasi
Pengamalan demokrasi berparlimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan meluahkan rasa ketidakpuasan etnik melalui wakil daripada etnik-etnik yang berbeza.Seseorang itu boleh bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Pertumbuhan ekonomi yang baik
Pertumbuhan ekonomi yang baik berterusan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum.Kerajaan mampu mengendalikan program-program yang berkesan termasuklah dalam bidang pertanian,perdagangan dan sebagainya.
Tolak ansur budaya
Budaya melayu yang diamalkan menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan,manakala budaya lain boleh diamalkan oleh etnik tersebut.Tindakan menyertai majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.Dalam islam,sifat-sifat kemanusiaan,keadilan dan kesederhanaan amat diutamakan.
Comments
Post a Comment