PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah mencatatkan sejarah pahit malaysia kerana pada tarikh itulah berlaku rusuhan kaum,terutama antara kaum cina dan melayu.Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas PIlihan Raya 1969.Pilihan Raya ketika itu telah dimenangi oleh Parti-Parti pembangkang,iaitu Parti Tindakan Rakyat(DAP) dan Gerakan.Walaupun Parti Perikatan masih boleh membina kerajaan,namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan Pilihanraya yang sebelumnya.
DAP dan Gerakan telah megadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis.Perarakan ini merupakan kesinambungan daripada perarakan jenazah yang dilakukan parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.UMNO turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya tersebut.
Perarakan ini dketuai oleh Datuk Harun Idris,Menteri Besar selangor ketika itu.Perarakan bersifat provokatif ini didapati telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa kepada titik hitakm dalam sejarah negara.Pergaduhan dan rusuhan tercetus sehingga bantuan ketenteraan terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan ini tercetus di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya sahaja.Angka rasmi bilangan orang yang cedera ialah seramai 493 orang.Walaubagaimanapun,jumlah ini berkemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan tersebut.
Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak.Pemimpin-pemimpin negara telah sedar dan mula meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan oleh kesan keganasan yang berlaku sungguh mengerikan.Pada peringkat awal,tindak balas serta-merta diambil bagi memberhentikan keganasan.
Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rushan ini,mengenakan perintah berkurung,mengawal berita-berita radio dan televisyen,menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik,sekali gus mengharamkan kempen pilihan raya.
Peristiwa 13 Mei 1969 memberikan pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati antara semua kaum.Tanpa nilai persefahaman,toleransi dan sikap hormat-menghormati,perasaan curiga dan syak wasangka akan timbul dalam kalangan etnik di negara ini.Matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah.Selain itu,Kerajaan telah membentuk satu lagi kementerian,iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan ditukarkan kepada Lembaga Perpaduan Negara yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan rakyat.Dasar Kebudayaan juga diwujudkan sebagai langkah dan usaha mengekalkan perpaduan,seterusnya dapat mewujudkan integrasi nasional dengan memberikan fokus kepada masyarakat Semenanjung Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak.
Comments
Post a Comment