PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
![2.jpg](https://pengajianmalaysiabab3dotblog.files.wordpress.com/2017/12/2.jpg?w=558&h=335)
Selepas kemerdekaan,negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutamanya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum.Masalah ini wujud disebabkan oleh implikasi yang berikut:-
a)Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalanganmasyarakat. |
b)Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah perkauman. |
c)Sistem pendidikan yang berbeza juga punca masalah perpaduan kerana lahir idea berbeza di kalangan masyarakat dan sebahagian etnik membawa ideologi masing-masing dalam membina pembangunan negara. |
d)Fahaman politik merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran,fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. |
e)Masalah ekonomi akan menimbulkan masalah persefahaman antara kaum kerana kesempitan hidup,ketidakseimbangan pendapatan serta sering berpecah-belah untuk mengaut keuntungan dan sebagainya. |
f)Perbezaan kepercayaan atau agama,keturunan,Bahasa dan adat resam yang berbeza menimbulkan tiada toleransi dalam masyarakat kerana tiada pemahaman tentang hal tersebut. |
g)Sistem pemerintahan penjajah juga merupakan punca kepada masalah perpaduan kerana penjajah mengamalkan dasar pecah dan perintah serta rakyat di Malaysia tidak memahami budaya,agama dan Bahasa etnik lain. |
Antara langkah yag telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini adalah seperti yang berikut:-
a)Penyeragaman sistem pendidikan-meyemai dan memupuk semangat perpaduan dengan bermula di sekolah.perpaduan melalui pendidikan dan kurikulum yang bersepadu serta seragam antara semua kaum.Penetapan Dasar dan Sistem Pendidikan yang sempurna bagi setiap warganegara Malaysia. |
b)Integrasi ekonomi-melancarkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) agar jurang kemiskinan dapat dikurangkan dan seimbang di bandar serta luar bandar. |
c)Penyatuan fahaman politik-mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama untuk mewujudkan serta mengekalkan perpaduan dan dapat dibuktikan dengan penyatuan politik. |
d)Aspek-aspek sosial lain dijadikan satu langkah untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum dan menentukan sifat-sifat terbaik dalam membina satu bangsa yang bersepadu dan berdaya tahan. |
Comments
Post a Comment