RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

images.png
Rukun Negara berfungsi sebagai tulang belakang yang menjadi sandaran dan pegangan negara dan rakyat Malaysia.Rukun negara ialah satu ideologi negara yang digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan rakyat dan membimbing mereka ke arah perpaduan.Usaha penggubalan Rukun Negara dilakukan semasa negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN),iaitu selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Rukun Negara lahir hasil daripada pemikiran Majlis Perundingan Negara yang diwakili oleh parti politik,kesatuan sekerja,akhbar,pertubuhan profesional,badan agama dan pelbagai pertubuhan lain.Kesemua wakil ini diberi peluang untuk berbincang dan mencari penyelesaian atas masalah hubungan kaum yang boleh menjamin keharmonian hidup bersama.
Rukun Negara yang diisyhtiharkan pada 31 ogos 1970 merupakan satu susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nila-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara seperti agama,budaya,politik,ekonomi dan perundangan.Setiap prinsip itu berperanan dalam melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu,aman dan harmoni.
Objektif Rukun Negara seperti yang berikut:
(a)Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam seluruh masyarakat.
(b)Memelihara cara hidup demokratik
(c)Mencipta satu masyarakat yang adil dan saksama
(d)Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak
(e)Membina sebuah masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi moden.
Kelima-lima objektif di atas terkandung dalam lima prinsip Rukun Negara yang berikut:
(a)Kepercayaan kepada tuhan-agama sebagai pegangan utama rakyat malaysia.Rakyat yang beragama juga mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.Seterusnya,walaupun islam menjadi agama rasmi persekutuan,tetapi mana-mana agama lain boleh dianuti dengan bebas dalam persekutuan.
(b)Kesetiaan kepada raja dan negara-Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara dan raja-raja Melayu sebagai Ketua Negeri.Rakyat seharusnya menjadikan raja sebagai simbol perpaduan rakyat.Malahan,sesiapa yang menderhaka kepada raja dianggap sebagai penderhaka kepada negara.
(c)Keluhuran Perlembagaan-Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara dan rakyat dikehendaki menghormati serta mempertahankan perlembagaan.
(d)Kedaulatan undang-undang-menekankan kedaulatan undang-undang dan menghormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang.Sekiranya undang-undang dipelihara,rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman,makmur dan harmoni.
(e)Kesopanan dan Kesusilaan-nilai-nilai murni melambangkan keperibadian individu dan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni serta saling hormat menghormati.

Comments

Popular Posts